–photoFB Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR, 23 Jan(Iteenews) — Perbincangan bersama syarikat penjagaan kesihatan dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI),Yidu Tech Inc berpotensi mewujudkan kerjasama bagimengubah infrastruktur penjagaan kesihatan dan perubatan Malaysia.
Menteri DigitalGobind Singh Deo menyatakan harapan itu selepasmengadakan pertemuan denganPengerusi merangkap PengasasYidu TechGong Ying Ying pada luar acara Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 diDavos, Switzerland, yang akan berakhir esok.
Gobind antaradelegasi Malaysia ke forum peringkat tinggi tahunan itu, yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Berlandaskan Dialog Strategi Negara yang komprehensif yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di WEF di Davos, kami telah mengadakan perbincangan mendalam mengenai pemanfaatan analisis data lanjutan untuk membangunkan penyelesaian digital dan AI yang inovatif.
"Teknologi termajuini akan mencapai beberapa objektif penting: mengurangkan dengan ketara beban kerja harian profesional kesihatan, meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian rawatan pesakit, dan akhirnya mencapai pengurangan yang signifikan dalam kos keseluruhan sistem penjagaan kesihatan," kata Gobind dalam satu hantaran di platform X hari ini.
Yidu Tech beroperasi terutamanya dalam tiga segmen perniagaan iaitu platform data raya dan penyelesaian, penyelesaian sains hayat, dan platform pengurusan kesihatan dan penyelesaian.
Syarikat yang diasaskan pada 2014 ini disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong.
— BERNAMA