JAKARTA – Seorang guru pendidikan Islam di sebuah sekolah menengah di Malang, wilayah Jawa Timur mengundang kecaman orang ramai selepas mencekik anak muridnya, lapor saluran berita Tribun semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @folkshittmedia, guru itu dilihat sedang duduk sambil mencekik leher pelajar terbabit.
Lebih mengejutkan, dia tanpa belas kasihan menekan leher pelajar itu menggunakan siku, menyebabkan mangsa sukar bernafas.
Kejadian berlaku di SMKN 12 di Malang, pada 31 Julai lalu.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 408,000 penonton. Rata-rata, netizen berang dan menganggap perbuatan guru tersebut adalah ‘melampau’.
“Boleh mati anak orang,” kata netizen.
“Nak hukum boleh, tapi tak perlu sampai cekik leher!” marah netizen lain. – AGENSI