MIDF: Tetapan Semasa Terus Sokong Pertumbuhan Ekonomi, OPR Kekal 3 Peratus

976369eaf3a2be01fadf053c73f9560166823b531c00b

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Iteenews) — Bank Negara Malaysia (BNM)telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus tahun ini memandangkan tetapan semasa kekal akomodatif terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

MIDF melaluinota penyelidikannyaberkata ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang, disokong oleh peningkatan dalam permintaan dalam dan luar negeri.

“Walaupun kami meramalkan inflasi akan meningkat pada tahun ini disebabkan oleh perubahan pada bahagian penawaran, contohnya, perubahan dasar serta kos yang lebih tinggi, kami tidak menjangkakan sebarang perubahan kepada OPR selepas tekanan harga asas dilihat akan kekal terkawal.

“Bagaimanapun, BNM mempunyai fleksibiliti dasar yang mencukupi untuk melaraskan dasar monetari bagi mengatasi ketidaktentuan ekonomi masa depan, tertakluk kepada perubahan dalam keadaan ekonomi domestik dan prospek inflasi di Malaysia,”kata MIDF.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk mengekalkan OPR pada tiga peratus pada mesyuaratnya hari ini, dengan alasan bahawa pendirian dasar semasa kekal kondusif bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Bank pusat itu optimistik tentang daya tahan perdagangan global, disokong oleh kitaran naik yang berterusan dalam sektor teknologi.

Bagaimanapun, BNM menjelaskan sekatan perdagangan dan pelaburan yang lebih ketat boleh mengeruhkan prospek,ketidaktentuan dasar yang bertambah juga mungkin menyumbang kepada arus turun naik dalam pasaran kewangan global.

“Kami berkongsi pandangan yang sama, kerana sentimen pasaran telah menunjukkan tanda-tanda kebimbangan mengenai potensi gangguan perdagangan di bawah pentadbiran baru Amerika Syarikat,”kata MIDF.

Firma penyelidikan itu berkata pelaksanaan langkah dasar domestik tambahan seperti subsidi bersasar, cukai dan gaji minimum yang lebih tinggi, akan memainkan peranan penting dalam membentuk prospek inflasi