KAJANG – Seorang lelaki berusia 19 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan sekitar Kajang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.34 tengah hari.
“Mangsa tempatan, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Hasil siasatan lanjut pihak polis juga telah menjumpai sepucuk senjata api jenis pistol semi automatik dan peluru di dalam bagasi yang berada dalam kenderaan milik si mati,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
“Mangsa tinggal di kawasan berhampiran dan bekerja sebagai ‘freelancer’
“Selain itu, mangsa juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,”jelasnya.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan manakala kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
“Siasatan kematian mengejut (SDR) juga sedang dilakukan dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.
Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan ke Balai Polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohamad Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan. -https://amiminerals.org/.