Daripada Anas Abu Hassan
DAVOS (Switzerland), Jan 21 (Iteenews) — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum ada“keperluan mendesak” untuk menerima guna tenaga nuklear keranamasih melihat banyak potensi dalam tenaga solar dan Grid Kuasa ASEAN (APG).
Bagaimanapun, beliautidak menolak "kemungkinan"menerima gunatenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
“Namun begitu, hanya untuk memastikan, kerana penggunaan (tenaga) pusat data adalah besar dan dalam setiap mesyuarat… ada yangmencadangkan mereka mahu memasang reaktor modular kecil (SMR) dan saya tidak mahu mengecewakan mereka kerana itu merupakan sebahagian daripada keperluan kecerdasan buatan (AI) keseluruhan, yang bermaksud bahawa pilihan nuklear itu ada.
“Saya tahu Thailand, Malaysia dan Indonesia telahpun memulakan usaha ini dan saya berusaha untuk memastikan kamibekerjasama untuk menunjukkan bahawa kamimempunyaibelanjawan yang lebih baik,” kata beliau.
Perdana Menteriberkata demikianpada taklimat media di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini pada Selasa ketika ditanya sama ada Malaysia sedang menimbanguntuk mempromosikan tenaga nuklear terutamanya SMR.
Anwarkini sedang dalam lawatan kerja selama tiga harimenghadiri WEF 2025, yang merupakan penyertaan sulung beliausejak menjadi perdana menteri pada 2022.
SMR, yang mampu menjanakira-kira 300 megawatt elektrik, boleh disepadukanke dalam infrastruktur bangunan sedia ada atau disambungkan ke grid nasional dengankos yang lebih kecil dan dikatakan berpotensi menjadi tenagaalternatif untuk pusat data yang memerlukan kuasaberskala besar.
— BERNAMA