TANAH MERAH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta untuk membina 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,268 unit rumah PPR telah siap dibina.
Menurutnya, sehingga Disember lalu, kerajaan sudah dan sedang membina sebanyak 3,574 rumah PPR manakala 306 unit lagi masih dalam proses pembinaan.
“Kerajaan akan meningkatkan bilangan unit rumah PPR bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat yang semakin meningkat setiap tahun.
“Buat masa ini, sewa rumah PPR hanya sebanyak RM237 sebulan termasuk yuran penyelengaraan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Bagi Peserta PPR Gual Ipoh di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Aiman Athirah memberitahu, kedegilan penyewa membayar kos penyelenggaraan sebanyak RM12 sebulan menyukarkan kerajaan membaiki kerosakan atau menyelenggara segera rumah berkenaan.
Menurutnya, difahamkan, yuran penyelenggaraan rumah PPR mencecah RM700,000 ketika beliau mengadakan lawatan ke PPR Kota Bharu. – https://amiminerals.org/