Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR, 4Ogos (Iteenews) — Mana-mana pihak yang memainkan isu syarikat Blackrockperlu turut berhenti menggunakan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat pengurusan aset antarabangsa terbesar dunia itu, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata mereka yang terus memainkan isu Blackrock disifatkan sebagai hipokrit dan sengaja bermain dengan persepsi.
"Kalau kita rasakan kita tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Blackrock, hentikanguna WhatsApp, Facebook, Instagram. Kita tengok Facebook sebagai contoh, yang parti PASmembelanjakan jumlah yang cukup banyak buat iklan-iklan dalam Facebook, beri duit terus kepada Meta yang kita tahu pendiriannya tentang Israel.
"Itu sangat jelas,jadi kepada mereka yang berkata tentang isu ini (Blackrock) bagi saya lakukan perkara yang jujur, lakukan perkara yang betul," katanya ketika ditemui pemberita pada Himpunan Pembebasan Palestin di sini malam ini.
Khamis lepas, Setiausaha PASDatuk Seri Takiyuddin Hassan berkata adalah tidak bermaruah jika kerajaan Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim masih meneruskan cadangan usaha sama Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Khazanah Nasional dengan BlackRock Inc.
Mengenai Himpunan Pembebasan Palestin, Fahmi berkata ia diadakan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia yang hadir secara fizikal mahupun menonton secara dalam talian yang bersatu hati mahukan gencatan senjata dan keadilan bagi penduduk Palestin.
"Rakyat Malaysia amnya cukup tersentuh dan sentiasa mengingati saudara di Palestin, jadi saya lihat kehadiran malam ini tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan mahu kezaliman dihentikan sekarang," katanya.