Pengundi Nenggiri Cukup Matang Nilai Prestasi BN – Mahdzir

244f6fdea616186665c1d0fafa6f142064b15f0d75242Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.

GUA MUSANG, 5 Ogos (Iteenews) — Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diyakini cukup matang untuk menilai prestasi Barisan Nasional (BN) dalampentadbiran Kerajaan Perpaduan bagimembuat keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, 17 Ogos ini.

Pengerusi UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau juga percaya pengundi di sini dapat merasai dan menilaiprestasi kedua-dua parti yang bertanding sebaiknya.

“Mereka tahu bagaimana kerajaanBN dahulu, mereka tahu bagaimana kerajaan negeri (diterajui) PAS.

“Walaupun pengundi Nenggiri inijauh dari bandar Kota Bharu, tetapi mereka mempunyai pemikiran yang baik dari segi pertimbangan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menyertai calonBN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkempen di sini.

UMNO Kedah diberi tanggungjawab menyelaras jentera BN di Kampung Bertam dan Kuala Sungai, yang merupakan antara Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN itu.

Mahdzir berkata sepanjang dua hari pertama kempen, tidak banyak isu besar dibangkitkan pengundi selain perkara berkaitan kehidupan harian masyarakat setempat yangakan diberi tumpuan untuk diselesaikan.

Pada PRK berkenaan, Mohd Azmawi Fikriberdepan pertandingan satu lawan satu menentangcalon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itu diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS menewaskan calon BNAb Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *