Rundingan Semula FTA Malaysia-EU Bawa Manfaat Kepada Sektor Eksport Malaysia – Ahli Ekonomi

040179875ee34d654e43f8de0de8676366445de143e8cProf Dr Yeah Kim Leng

Oleh Zarul Effendi Razali and Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 Jan(Iteenews) — Penyambungansemula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang terhenti bakal membawamanfaat besar kepada sektor eksport utama Malaysia, terutamanya dalam barangan bernilai tinggi dan sumber asli.

Bagaimanapun, cabaran utama terletak kepada usaha untuk menambah baik persekitaran perniagaan dan menangani keperluan kawal seliadan bukan sekadarmenumpukan kepada perdagangan semata-mata, kata ketua ahli ekonomi AmBank Group Firdaos Rosli kepada Iteenews hari ini.

“Sebagai ahli PerjanjianKomprehensif dan Progresif bagi Trans-Pasifik (CPTPP), Malaysia juga berkebolehan dalam merundingkan isu berkualiti tinggi seperti hak harta intelek dan alam sekitar, yang merupakan perkara yang amat diberi perhatian olehEU,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyenhari ini mengumumkan penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), menandakan satu pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia dengan salah satu blok perdagangan terbesar dunia itu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan berkata penyambungan rundingan itu juga mencerminkan komitmen Malaysia untuk meningkatkan lagi hubungan ekonomi dengan EU, antara rakan perdagangan dan pelaburan utama bagi Malaysia.

“Pencapaian ini juga menggambarkan kekuatan hubungan yang berterusan antara kedua-dua belah pihak dan komitmen bersama dalam memupuk kemakmuran ekonomi,” katanya.

Menurutnya, MEUFTAdijangka membuka manfaat besar yang merentasi pelbagai sektor ekonomi Malaysia selain mengukuhkan rantaian bekalan global dalam sektorkritikal.

“Ia berpotensi untuk meningkatkan eksport antara lainnya dari sektorseperti produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk berasaskannyaserta peralatan optik dan saintifik ke pasaran EU.