Sektor Automotif Perlukan Sokongan Kerajaan Tangani Cabaran e-invois – Ahli Akademik

7750fe15a0cf0fac9f26b9435fc8d90c66b09d3c4e09fPensyarah kanan Pengajian Teknologi dan Pengurusan Logistik Universiti Utara Malaysia Rohafiz Sabar (kiri), Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) yang juga Profesor Madya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr. Wan Mazlina Wan Mohamed

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Ogos(Iteenews) — Pelaksanaane-invois merupakan satu langkah penting ke arah usaha mendigitalkan urusan kerajaannamun dalam masa sama ia juga dijangka membericabaran, terutamanya kepadaindustri automotif.

E-invois merujuk kepada menjana, menghantar, menerima dan menyimpan invois dalam format digital. Sistem ini menggantikan keperluaninvois berasaskan kertas dan menyelaraskan proses pengeluaran invois.

Sektor dalam industri automotif yang dijangka terjejas termasuk kewangan dan insurans automotif, pembaikan dan penyenggaraanautomotif, alat ganti dan aksesori automotif, pengedar kereta dan pengeluar kenderaan.

Pensyarah kanan Pengajian Teknologi dan Pengurusan Logistik Universiti Utara Malaysia Rohafiz Sabar berkata industri automotif negara dijangka berdepanpelbagai cabaran dalam menyesuaikan diri kepada e-invois, termasuk kos pelaksanaan, keengganan melakukanperubahan dan isu keselamatan data.

“Bagaimanapun, dengan sokongan yang sewajarnya daripada kerajaan, seperti bantuan kewangan, program latihandan penambahbaikan infrastruktur teknologi, pengedar kereta boleh mengatasi cabaran ini dan seterusnya dapatmelaksanakan sistem e-invois dengan jayanya,” katanya kepada Iteenews dalam satu temu bual.

Rohafiz berkataindustri automotif perlu memanfaatkan sepenuhnya sokongan kerajaan bagi memastikan peralihan yang lancar dan berkesan.

“Kerajaan boleh menyediakan bantuan kewangan atau insentif cukai, khususnya kepada pengedar kereta, bagi mengurangkan beban kos pelaksanaan sistem e-invois.

"Ini boleh jadi dalam bentuk geran, pinjaman faedah yang rendah, atau potongan cukai untuk pelaburan dalam teknologi e-invois. Geran khas juga boleh disediakan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor automotif yang mengguna pakai sistem e-invois," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *