Gambar Fail
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Iteenews) –Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Di SARAWAK, jumlah mangsadi daerah Saratok meningkat kepada 85 orang daripada 21 keluarga berbanding39 orang daripada 15 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkankesemua mangsa ditempatkan diPPS Dewan Rumah Dayak Saratok sejak petang semalam.
Kesemua mangsa banjir terdiripenduduk dari Rumah Tembawai Kapok iaitu sebuah rumah panjang di kawasan Awik, Saratok.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir pagi inikekal 877 mangsa daripada 328 keluarga.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 816 mangsa daripada 311 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pitasmanakala 61 mangsa daripada 17 keluarga di Paitan kekal berlindung di tiga PPS.
“Tiada hujan di daerah Pitas dan Paitan pagiini. Jalan ke 85 kampung di kawasan Pitas sukardilalui berikutan banjir selain penduduk mengalami kesukaran untuk melaluikawasan terbabit manakala paras air di Sungai Katasan danSungai Bengkoka di Pitas berada di bawah paras waspada,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA