Ringgit Meningkat Menjelang Pelantikan Trump Sebagai Presiden AS Hari Ini

0756d7203adf62eb89fbd4ec2471321165d4b33b4d6cb

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 20 Jan(Iteenews) — Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelangmajlis pelantikanDonald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS, naik daripada4.5040/5085 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal dalam dagangan jajaran kecil hari ini, berkemungkinan pada sekitar RM4.5000.

“Peniaga semakin bimbang mengenai apa yang mungkin diumumkan oleh Presiden AS,”katanya kepadaIteenews.

Beliau berkata perhatian akan tertumpu kepada perintah eksekutifTrumpyang dijangka termasuk langkah pengusiran besar-besaran pendatang asing tanpa izin, penyahkawalseliaan industri dan tarif import.

Langkah tarif yang dijangkakan boleh meningkatkan inflasi, berpotensi mendorong pendirian menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan, katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6290/6367 daripada 4.6382/6429 pada Jumaat lepas, naik berbanding pound kepada 5.4816/4908 daripada 5.4953/5008 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada2.8802/8852 daripada 2.8918/8949.