JAKARTA – Seorang pesohor media sosial di Indonesia mengamuk selepas ditegur berhubung perbuatannya yang membawa dua ekor monyet peliharaan ke pusat beli-belah, lapor portal berita Tribunnews.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok memaparkan Icha Atazen membawa dua monyet tersebut di medan selera sebelum ditegur oleh seorang pengawal keselamatan.
Gara-gara berang, dia nekad merakam dan menyindir petugas berkenaan.
“Monyet-monyet ini bersih kerana dirawat oleh doktor pada setiap bulan.
“Ia juga memakai lampin khas supaya tidak membuang air kecil merata-rata,” kata Icha.
Rakaman itu mencatatkan lebih 694,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Medan selera adalah tempat untuk makan,” kata seorang netizen.
“Buka pusat beli-belah sendiri,” kata netizen lain. – AGENSI