HLB Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.5-5.0 Peratus Tahun Ini

86399042fb9f890243f83f7ab4e0016a678b705bef56f Pengarah Urusan Pemasaran Global Hong Leong Bank, Hor Kwok Wai 779454ab90a5037e135c3bf0e9b9f450678b70ab637f5 Ketua bahagian Pengurusan Kekayaan Serantau Hong Leong Bank, Jeffrey Yap 447b511fef64b62f276791ed32f05a33678b6df6c8084

KUALA LUMPUR, 18 Jan(Iteenews) — Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana4.5 peratus hingga5.0 peratus pada2025, didorong olehmanfaat asas ekonomi yang kukuh sertapeningkatan pelaburan asing, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).

Dalam perkongsian prospek ekonomi itudengan kalangan pelanggan, penganalisis dan media di Simposium Perdana Kekayaan HLB 2025 pada Sabtu, bank itu berkata pendorong pertumbuhan utama itu termasuk peningkatan semula pelancongan, inisiatif tenaga bersih di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan momentum pembangunan infrastruktur di Johor.

Selain itu, kedudukan negara sebagai penggiat berkecualidalam ketegangan perdagangan global akan turut melonjakkan tarikannya di mata pelabur yang mahukan kestabilan dan pempelbagaian.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pemasaran GlobalnyaHor Kwok Wai optimis Malaysia akan menjadi destinasi pelaburan yang menarik pada tahun ini berikutan jangkaankadar faedah yang kekal serta inflasi yang mampu diurus.

“Satu lagi faktor yang boleh menyumbang adalah sektor pelanconganMalaysia. Bagi saya, aspek ini tidak dihebahkan dengan baik secara amnya.

“Peningkatan semula pelancongan ini adalah jelas serta dijangkakan menjadi kukuh dan menyuntik manfaat kepada ekonomi pada 2025,” katanya dalam sesi pembentangan pada acara sama.

Ketua bahagian Pengurusan Kekayaan Serantau HLBJeffrey Yap pula mengetengahkan peranan bank itu sebagai rakan boleh diyakini dalam pengurusan kekayaan dan menekankan komitmen dalam menyokong matlamat kewangan pelanggan membabitkan ruang lingkup dinamik global.

Beliau berkata landskap pengurusan kekayaan juga berkembang pesatdengan penyelesaian yang dijanakecerdasan buatan (AI), kebolehcapaian mudah alih sertapendemokrasian maklumat secara drastik yang mengubah kaedah atau cara orang ramai melabur.

Transformasi yang berkembang pantas ini berlaku dalam latar belakang anjakan signifikan penciptaan kekayaan global dengan rantau Asia Pasifik menjadi penerajunya.