FTA Malaysia-UK Menerusi CPTPP Dijangka Tingkat Pelaburan, Perdagangan – Tengku Zafrul

c7f2f38d6ceed9fe75cbe2f87b48a60e678ba3c92f4a1

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 18 Jan(Iteenews) –Malaysia boleh menjangkakan peningkatanpelaburan dan perdagangan denganUnited Kingdom (UK) apabila kedua-dua negara akan mempunyai perjanjian perdagangan bebas buat kali pertama menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagiPerkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata CPTPP adalah permulaan yang baik untuk syarikat mendapat akses ke pasaran di setiap negara dari aspek tarif dan kebolehcapaian.

“Ini (CPTPP) sudah tentunya akan menggalakkan syarikat kita mengeksport barangan dan perkhidmatan ke UK,” katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima hari ke United Kingdom.

Tengku Zafrul berkata impak daripada CPTPP terhadap hubungan dua hala antara kedua-dua negara dibincangkan ketika Anwar bertemu rakan sejawatannya Sir Keir Starmer pada 15 Jan lepas.

Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024, menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam meratifikasikan perjanjian tersebut, manakala UK menyertai pada Disemberlepas.

CPTPP ialah blok perdagangan Asia-Pasifik yang terdiri daripada 11 negara serta UK. Sebelasahli asal ialah Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Pada Khamis, Tengku Zafrul dan Menteri bagi Dasar Perdagangan dan Keselamatan Ekonomi UK, Douglas Alexander mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Ekonomi dan Perdagangan (JETCO) pimpinan menteri berkaitan dari kedua-dua negara untuk meneroka kaedahmeningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Mengenai prospekpelaburan dari UK pada masa depan, Tengku Zafrul berkata semakin banyaksyarikat merancang untuk meneroka ke Malaysia atau meningkatkan pelaburan mereka.