KUALA LUMPUR, 17 Jan(Iteenews) –Ekonomi Malaysia diunjurkanberkembang pada4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di sampingpengembangan berterusan dalam perdagangan luar, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
Bank tersebut dalam satu nota penyelidikanberkata,pertumbuhan domestik yang lebih kukuh akan membantu ekonomi Malaysia mengharungi ketidaktentuan luaranseperti ketegangan geopolitik yang berterusan, pertikaian perdagangandan dasar perlindunganyang boleh menjejaskan prospek perdagangan antarabangsa.
"Di peringkat domestik, kami memantau dengan teliti potensi kesan inflasidaripada perubahan dasarkerana kuasa beli yang lebih lemah boleh menjejaskan prospek perbelanjaan tidak wajib atau pilihan," kata MIDF.
Bank itu berkatapertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4.8 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2024, turun daripada 5.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga2024, selepas dua suku pertumbuhan melebihi limaperatus.
MIDF juga merujuk anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk pertumbuhan KDNK setahun penuh 2024 pada 5.1 peratus, meningkat daripada 3.6 peratus pada 2023, sedikit melebihi unjuran limaperatusnya.
"Sektor pembuatan meneruskan momentum pertumbuhannya tetapi menyederhana kepada 4.3 peratus tahun ke tahun, berbanding 5.6 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga2024, sejajar dengan prestasi eksport dan peningkatan dalam sektor berorientasikan eksport seperti elektrik dan elektronik, kimia, produk kayu, mesin dan peralatan sertaproduk petroleum.
"Sektor pembinaan juga terus berkembang kukuhwalaupun menyederhana sedikit kepada 19.6 peratus tahun ke tahun (suku ketiga2024: 19.9 peratus tahun ke tahun) sekali gusmenunjukkan kemajuan menggalakkan dalam projek pembangunan dan pembinaan," katanya.
MIDF juga berkatasektor perkhidmatan berkembang sebanyak 5.3 peratus tahun ke tahunpada suku keempat 2024 (suku ketiga2024: 5.2 peratus tahun ke tahun) yangmeneruskan aliran menaiknya sejak suku keempat 2021, dipacuoleh peningkatan perbelanjaan domestik.
— BERNAMA