Harga Saham Turun Mungkin Susulan Mahkamah Tolak Saman Terhadap Apple Malaysia – Salutica

0d1e99b1b0ddda6dd7e3aa5e8cca6145612489318ef33

KUALA LUMPUR, 17 Jan(Iteenews) — Salutica Bhd menjelaskan bahawa penurunan mendadak harga sahamnya mungkin disebabkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolaksaman oleh anak syarikat kumpulan itu, Salutica Allied Solutions Sdn Bhd terhadap Apple Malaysia Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat tersebut berkatamahkamah menolak saman itu pada pagi 17 Jan, 2025, dan membenarkan tuntutan balas terhadap anak syarikatnya, serta mengarahkan Salutica Allied untuk membayar kos sebanyak RM1.2 juta kepada Apple Malaysia.

Penjelasan Salutica ini adalah berikutanpertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities.

"Tiada sebarang perkembangan korporat yang berkaitan dengan perniagaan dan urusan kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini," katanya.

Awal hari ini, jualan singkat harian (IDSS) saham Saluticadigantung sepanjang hari selepas harga terakhirnya turun lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan asal.

Bursa Malaysia mengumumkan di laman sesawangnya bahawa IDSS bagi saham pengeluar komponen elektronik itu hanya akan diaktifkan semula pada 8.30 pagi pada hari dagangan berikutnya (Isnin, 20 Jan).

— BERNAMA