engasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pulau Ketam hari ini untuk menyantuni dan memberi sumbangan kepada penduduk setempat menjelang Perayaan Tahun Baru Cina.
KLANG, 17 Jan(Iteenews) –U Mobile Sdn Bhd, pengendali rangkaian 5G kedua Malaysiamerancang untuk melancarkan rangkaian 5Gkedua dalam tempoh 15 hingga 18 bulan akan datang, menurut Pengerusi Tan Sri Vincent Tan.
Beliau seterusnya menjelaskanyang syarikat itu tidak akan memerlukan sebarang pembiayaan daripada kerajaan atau rakan kongsi tempatan baharu untuk memudahkan pelaksanaan 5G berkenaan.
“Tidak ada sesen pun wang kerajaan terlibat. Kami tidak memerlukan rakan kongsi lainseperti yang dilaporkan oleh beberapa media tempatanyang mencadangkan bahawa kami memerlukan rakan kongsi tambahan kerana kami kekurangan dana. Itu adalah pendapat mereka,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pulau Ketam hari ini.
“Bank mempunyai banyak wang. Jika saya tidak mempunyai dana, bank ada. Mudah-mudahankami akan melancarkan 5G dalam tempoh 15 hingga 18 bulan lagi, dan kemungkinan besar ia akan berlaku,” tambahnya.
Tan berkata syarikat itu sedang mempertimbangkan pembekal dari China iaitu Huawei Technologies Co Ltd dan ZTE Corp, kerana mereka menawarkan teknologi paling canggih.
“Tidak perlu rakan kongsi tempatan yang baharu. Kami sudah mempunyai ramai rakan kongsi dan pelabur. Huawei dan ZTE hanyalah pembekal; mereka mungkin menyediakan sedikit pembiayaan,” jelasnya.
“Kami juga menggunakan modal sendiri, dan pihak bank sanggup meminjamkan wang kepada kami. Jadi, tiada apa yang telah dimuktamadkan lagi; rundingan masih berjalan,” tambahnya.
RHB Investment Bank Bhd pada 10 Januari, melaporkan U Mobile berkemungkinan menjalin kerjasama rangkaian untuk mengimbangi perbelanjaan modal (capex) 5G yang dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion, berikutan pemilihannya sebagai penyedia akses rangkaian 5G kedua.
Dalam nota penyelidikan, RHB Investment berkata perkongsian infrastruktur rangkaian akan mempercepatkan penempatan tapak, membolehkan sasaran liputan penduduk tercapai dengan lebih pantas.