Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan syarahan berjudul “The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy In An Uncertain Era’ di London School of Economics and Political Science (LSE) hari ini.
Daripada D. Arul Rajoo
LONDON, 17 Jan(Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetengahkan kejayaan Kerangka EkonomiMADANI, yang dilancarkan pada 2023dalam syarahan beliau di London School of Economics (LSE) hari ini.
Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaanakan melancarkan taman reka bentuk cip kedua untuk memanfaatkan kedudukan negara dalam rantaian bekalan semikonduktor.
Anwar, yang juga Menteri Kewanganberkata ini bukanlah masa untuk berpuas hati dengan pencapaian tersebut.
Beliau berkata penglibatan Malaysia yang meluas dalam industri semikonduktor menjadi bukti kepada prospeknya yang berpandangan ke hadapan.
“Baru-baru ini, kami melancarkan Strategi Semikonduktor Kebangsaan(NSS) yang memperuntukkan insentif dan pelaburan yang berpotensi membawa perubahan besaruntuk menjadikan Malaysia amat pentingdalam rantaian bekalan semikonduktor global.
“Malaysia telah menjadi pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia, kini menyasarkan untuk meningkatkan lagi rantaian nilai melalui tumpuan yang disasarkan kepada aktiviti peringkat awal.
“Kami sedang melangkah dengan pantas.Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan melancarkan taman reka bentuk cip kedua kami, kurang setahun selepas yang pertama,” kata beliau dalam syarahan bertajuk: ‘The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era’ yang dihadiri kira-kira 500 pelajar.
Malaysia melancarkan taman reka bentuk cip yang pertama di Puchong, Selangor pada 2024.