Malaysia, UK Perlu Manfaatkan Secara Proaktif Kelebihan CPTPP – PM Anwar

8bc3ada732f3dc67c134c81e304528cf678a68b2f29b8 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan syarahan berjudul “The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy In An Uncertain Era’ di London School of Economics and Political Science (LSE) hari ini.

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 17 Jan(Iteenews) –Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagiPerkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) menyediakan peluangpertumbuhanlebih besar dalam perdagangan, pelaburan, dan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan United Kingdom, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, kata beliau,usaha gigih perlu dilakukan untuk merealisasikannya pada masa depan.

“Ada janjiyang perlu kita tepati, langkah kita masih panjang dan banyak yang kita perlu dilakukan pada masa depan,” kata Anwar.

Beliau menegaskan pembinaan kapasiti yang proaktif dan kerjasama teknikal merupakan langkah penting di bawah CPTPP, bukan sahaja dalam kalangansyarikat besar tetapi juga terutamanyabagi berjuta-juta perusahaan kecil dan sederhana di seluruh Malaysia dan United Kingdom (UK).

Perdana Menteri berkata demikian semasa menyampaikan syarahan beliau diLondon School of Economics, bertajuk "The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era", yang dihadiri kira-kira 500 pelajar universiti tersebut.

“Hanya dengan berbuat demikian, Malaysia dan UK boleh benar-benar mengoptimumkan hubungan dan memaksimumkan potensi perjanjian untuk saling melengkapi, meningkatkan pertumbuhan bersama, dan menciptapeluang yang inklusif untuk perniagaan dan komuniti di kedua-dua pihak.

“(Oleh itu), kitaberharap dapat meningkatkan lagihubungan ini ke tahap yang lebih tinggi melalui CPTPP. Malaysia mengalu-alukan penyertaan UK baru-baru ini, menandakan perjanjian perdagangan bebas pertama yang menghubungkan kedua-dua negara kita,” kata Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Menerusi peruntukan berkualiti tinggi, termasuk pengurangan tarif komprehensif, peraturan diselaraskandan perlindungan pelaburan yang dipertingkatkan, CPTPP membuka pasaran baharu untuk syarikat Britain dan juga Malaysia, kata beliau.