PM Anwar Lawat Battersea Power Station, Pelaburan Terbesar Malaysia Di UK

644b4b3ed22b55ea870376df1c86e86f6789243f40b9e

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan(Iteenews) –Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawatBattersea Power Station, merupakan pelaburan terbesar Malaysia melibatkan dana awam di Eropah.

Ketibaan Anwar, yang berada di sini dalam lawatan kerja selama lima hari keUnited Kingdom, disambut olehTan Sri Shahril Ridza Ridzuan, PengerusiBattersea Project Holding Company Ltd serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB)Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Perdana Menteri diberikan taklimat mengenai projek pembangunan semula seluas 16.97 hektar itu yang berpusat di Battersea Power Station yang ikonik dan disenaraikan sebagai pembangunan GredII*.

Transformasi pembangunan guna campur berskala besar itu diterajui oleh konsortium syarikat Malaysia yang terdiri daripada PNB, Sime Darby Property, S P Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani danTimbalan Ketua Setiausaha Kementerian LuarDatuk Bala Chandran Tharman.

Battersea Power Station merupakan antara projek pembangunan semula terbesar di Eropah, menempatkan lebih 4,000 rumah baharu, 3.5 juta kaki persegi ruang komersial bercampur, 7.69 hektar ruang awam dan20,000 pekerjaan, dengan kira-kira separuh daripada kawasan itu telah siapsetakat ini.

Hari ini, mercu tanda ikonik itu mempunyai lebih 150 kedai, kafe, restoran dan menawarkan pengalaman rekreasi, lebih 3,000 penduduk, lebih 6,600 pekerja dan dihubungkan dengan pusat bandarLondon melalui stesen UndergroundZon 1 yang baharu.

Mendapat pengiktirafan National Geographic sebagai antara 20 ‘Tempat Budaya Terbaik’ di dunia pada 2024, Battersea Power Station telah menerima lebih 24 juta pengunjung sejak dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2022.