Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Mohammad Faiz Azmi
KUALA LUMPUR, 16 Jan(Iteenews) –Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bersedia bekerjasama dengan semua agensi berkaitan, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk terus membangunkanMalaysia sebagai hab kewangan digital yang inovatif dan bertanggungjawab.
PengerusiSC Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata ini susulanpengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan rasmi beliauke Abu Dhabiuntuk meneroka dasar kewangan digital yang mengiktiraf mata wang kripto dan teknologi blockchain.
Anwar berkata Malaysia perlu memulakan transformasi digital dalam sektor ekonomi dan kewangannya, mengutamakan bidang seperti blockchain dan mata wang kripto untuk terus kekal dihadapan menerajuera digital.
Perdana Menteri menggesa agensi berkaitan, termasuk SC, Perbendaharaan dan BNM, untuk mengkaji bidang kritikal bagi memastikan Malaysia bergerak seiring denganperkembangan global sambil terus melakukanpengawasan untuk melindungi kepentingan awam.
SC dalam satu kenyataan hari ini menyambut baik pengumuman itu, dengan menyatakan inisiatif tersebut selaras dengan keutamaan utama suruhanjaya berkenaanuntuk meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap kewangan digital global, melengkapkan agenda transformasi digital negara.
Mohammad Faiz berkata sejak 2019, SC telahgiat membentuk landskap kawal selia untuk aset digital, termasuk mata wang kripto.
Sejak itu, pasaran aset digital yang dikawal selia terdiri daripada pelbagai pemain termasuk bursa aset digital, pengendali tawaran awal bursa (IEO), pengurus dana dan penyedia perkhidmatan kustodi, katanya.
— BERNAMA