GAZA – Perdana Menteri Qatar, Mohammed Al Thani mengumumkan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas susulan laporan awal mengenainya oleh bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Mohammed Al Thani juga mengesahkan pembebasan 33 tebusan Israel semasa fasa pertama gencatan senjata Gaza.
Gencatan senjata itu merupakan langkah pertama ke arah kestabilan yang berkekalan.
Trump sebelum ini mengumumkan gencatan senjata tersebut, menyifatkannya sebagai ‘perjanjian epik’.
“Tiada lagi pengganas(Hamas) di Gaza,” katanya dan berikrar untuk meluaskan lagi Perjanjian Ibrahim.
Pentadbiran Joe Biden mengesahkan gencatan senjata itu, manakala rakyat Gaza meraikan hari tersebut.
Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan seramai 46,600 orang terbunuh sejak perang meletus pada 7 Oktober 2023 akibat serangan udara dan darat Israel dengan lebih separuh terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga tua. – AGENSI