Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima simbolik nombor pesakit pada Majlis Perasmian Pusat Kesihatan Prima (PKP) Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Kota Samarahan.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg melihat model Hospital pada Majlis Perasmian Pusat Kesihatan Prima (PKP) Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Kota Samarahan.Turut sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (kanan)– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA.
KUCHING, 15 Jan (Iteenews) — PremierSarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafanPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkatakerajaan negeri Sarawak bersama Petros komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan danPetroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peranan Petros.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kenyataannya semasa sidang media di Abu Dhabi berhubung isu Petronas-Petros, antara lain mengiktiraf Petros sebagai agregatorgas tunggal di Sarawak,” katanya.
Abang Johari berkata kerjasama itu akan memastikan bekalan gas tidak terganggu untuk pengguna termasuk pelabur, ia penting untuk kemajuan ekonomi Sarawak.
"Kerajaan Sarawak juga menghargai peranan Kerajaan Persekutuan dan Petronas dalam menyelesaikan isu ini. Ini akan meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak, Petronas dan Petros," katanya.
Abang Johari berkata kerjasama strategik seperti itu akan memacu Malaysia dan Sarawak khususnya untuk menjadi hab tenaga.
"Kerjasama ini akan meningkatkan daya saing global Malaysia dalam menarik pelaburan, penyelidikan teknologi dan industri baharu terutamanya derivatif petrokimia, justeru sejajar ke arah penciptaan pekerjaan berpendapatantinggi dan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Pada Selasa lepas, Anwar berkata isu berkaitan Petronas dan Petros mengenaihak pengedaran gas di Sarawak telah diselesaikan melalui beberapa siri rundingan termasuk pertemuannya dengan Abang Johari pada 1 Januari.
Beliau berkata walaupun Petros telah diberikan kuasa sebagai agregator gas, ia tidak akan mengganggu operasi sedia ada Petronas.