Kredit : MIDA Kredit : MIDA Kredit : MIDA
KUALA LUMPUR, 15 Jan(Iteenews) –Program pembangunan vendor tempatan yang diuruskan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada 139 syarikat tempatan.
Program itu, yang telah menarik lebih 190 peserta, merupakan inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan syarikat tempatan bagi menyokong industri semikonduktor yang semakin berkembang di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDADatuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkatamembangunkan ekosistem semikonduktor yang berdaya tahan dan berdaya saing memerlukan kemajuan teknologi dan pembangunan modal insan.
"Di MIDA, kami menyediakan pembekal tempatan dengan platform berstruktur bagi meningkatkan keupayaan teknologi mereka sambil memastikan tenaga kerja mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk pembuatan semikonduktor generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Beliau menambah perkongsian MIDA-Infineon telah memupuk kerjasama bernilai tinggi yang memacu transformasi dan daya saing industri.
Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Infineon Ng Kok Tiong berkata komitmen Infineon di Kulim adalah untuk menyokong vendor tempatan dalam memahami keperluan kompleks pembuatan fabrikasi wafer berteknologi tinggi.
“Dengan mewujudkan kumpulan vendor yang boleh menyediakan perkhidmatan bernilai tinggi dan boleh dipercayai, kami secara langsung boleh menyokong pertumbuhankami di Malaysia.
“Pembangunan vendor yang mampan adalah penting dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar hari ini,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program kerjasama awam-swasta MIDA dan Infineon membolehkan syarikat Malaysia memanfaatkan teknologi pembuatan termaju, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian kesambungan pintar.