Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer, di 10 Downing Street, London, hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 15 Jan(Iteenews) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu rakan sejawatannya dariUnited Kingdom (UK), Sir KeirStarmer, dan membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada perkongsian strategik meliputi semua bidang.
"Sudah tentunya tumpuan dan asas terhadapekonomi, malahjuga pertahanan dan pendidikan," katanya kepada pemberita selepas bertemu Starmer di No. 10, Downing Street pada Rabu.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata jemaah menteri Malaysia dan rakan sejawatan merekaakan segera menubuhkan pasukan untuk menjalin kerjasama, terutamanyadalam konteks bukan sahaja untuk Malaysia, tetapi juga ASEAN.
Ketika ini Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN bagi 2025.
Menurut para pegawai Malaysia, kedua-dua pemimpin turut membincangkan kerjasama dalam bidang tenaga hijau, KecerdasanBuatan (AI) dan pendigitalan.
"Ini merupakan lawatan ke negara Eropah pertama selaku Pengerusi ASEAN, saya menggunakan kesempatan yang ada bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima lebih ramai pelabur sekali gus membentuk sinergi ekonomi baharu,” kata Anwar.
Perdana Menteri berkata semasa pertemuan itu beliau turut mempelawaStarmer melawatMalaysia.
Pada Isnin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Zakri Jaafar berkata produk Malaysia, khususnya minyak sawit, dijangka mendapat manfaat daripada akses bebas tarif di UKdi bawah perjanjian perdagangan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagiPerkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).