Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 15 Jan(Iteenews) -Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagiPerkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan menjadi salurankritikal untuk mengembangdan memudahkan pelaburan sertaperdagangan antara Malaysia dan United Kingdom (UK).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripadalangkah kedua-dua negara menyertaiperjanjian tersebut.
“Malah saya memilih untuk merakamkan penghargaan saya kepada Perdana Menteri UK kerana berjaya menyertaiperjanjian CPTPP.
“Ia merupakan komitmen politik yang serius bagi UK dan Malaysia, memberi tumpuan kepada asas ekonomi demi kepentingan kedua-dua negara untuk menggalakkan perdagangan bebas,” kata beliau.
Anwar berkata demikian pada majlis pelancaran pembangunan bandar baharuBrabazonYTL Group di Bristol, bandar terbesar di barat daya England.
Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024, menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam yang berbuat demikian, manakala UK menyertai secara rasmi pada Disember tahun lepas.
Di bawah rangka kerja ini, tarif bagiproduk oleh negara anggota akan dikurangkan kepada sifar.
Sementara itu, Perdana Menteri memuji usahaYTL, yang merupakan pelabur terbesar Malaysia di UK, dalam menjayakan pelbagaipembangunan utama di negara tersebut.