Oriental Kopi
KUALA LUMPUR, 14 Jan(Iteenews)– Tawaran awam permulaan (IPO) bagi pengendalirangkaian makanan dan minuman (F&B) Oriental Kopi Holdings Bhd telah terlebih langgan kira-kira 60 kali.
Dalam satu kenyataan hari ini,Oriental Kopi berkata ini mencerminkan jumlah langganan bernilaiRM1.6 bilion pada harga IPORM0.44 sesaham.
"Oriental Kopi menyasarkan untuk meraih permodalan pasaran sebanyak RM880 juta sebaik sahaja disenaraikan dengan harga IPO tersebut danasas saham yang diperbesarkan sebanyak 2.0 bilion saham biasa," kata syarikat itu.
Menerusi IPO itu, yangdijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysiapada 23 Jan, 2025, syarikatdijangka meraihRM184 juta.
"Bagi 60.0 juta saham terbitan yang diperuntukkan untuk orang awam Malaysia, Oriental Kopi menerima66,041 permohonan bagi3,657.61 juta saham terbitan bernilai kira-kiraRM1.609 bilion.
"Untuk bahagian Bumiputera, sebanyak10,156 permohonan untuk695.88 juta saham diterima, mewakili lebihan langgan sebanyak 22.20 kali, manakala bahagian awam menyaksikan55,885 permohonan bagi2,961.73 juta saham, mencerminkan lebihan langganan sebanyak97.72 kali," katanya.
Syarikat itu berkata sebanyak 20.0 juta saham yang diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan penyumbang yang layak, serta 88.1 juta saham bagi pelabur terpilih dan 250.0 juta saham bagi pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, telah dilanggan sepenuhnya.
Notis peruntukan akan dimaklumkanselewat-lewatnya pada 21 Jan, 2025.
Pengarah Urusan Oriental Kopi Datuk Chan Jian Chern berkata dana yang diperoleh akan mempercepatkan pengembangan syarikat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan F&Bnya.