MNRB Lantik Wan Ahmad Najib Sebagai Presiden, CEO Takaful Ikhlas Family

fca117745258734837cb4b7734cb3f906785bb2bea601Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi. Kredit: MNRB

KUALA LUMPUR, 13 Jan(Iteenews) –MNRB Holdings Bhd melantikWan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu anak syarikat takaful keluarganya,Takaful Ikhlas Family Bhd berkuat kuasa 14 Jan, 2025.

Wan Ahmad Najib menggantikanMuhammad FikriMohamad Rawi yang menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden dan CEOTakaful Ikhlas Family.

Mengulas pelantikan itu, PengerusiMNRBDatuk Johar Che Mat berkata lembaga pengarah yakin dengan kepakaran, visi dan kepimpinanyang dimilikiWan Ahmad Najib, secara unik meletakkan beliau untuk mengemudiTakaful IkhlasFamily ke fasa pertumbuhan yang seterusnya.

"DenganWan Ahmad Najib sebagai peneraju, kami optimis akan keupayaan kami untuk terus menyampaikan nilai kepada pemegang kepentingan dan pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Najib membawa bersamanya pengalaman lebih 20 tahun dalam industri takaful dan kewangan Islam.

Sebelum menyertaiTakaful Ikhlas Family,Wan Ahmad Najib berkhidmat sebagai Ketua Pegawai PengedaranFWD Takaful Bhd.

— BERNAMA