JS-SEZ Akan Lonjak Kemajuan Ekonomi Malaysia-Singapura

6c809fc8f7ca45e999d08145b9ada1cf6628de5edda47Minister of Finance II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan–fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Iteenews) — Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata JS-SEZ mewakili usaha kerjasama selama beberapa tahun antara Malaysia dan Singapura untuk menjajarkan dasar, memperkemas infrastruktur, dan mencipta persekitaran yang kondusif bagipertumbuhan pelaburan.

“Saya berpandangan penting untuk mengakui bahawa usaha ini bukanlah perkara yang berlaku dalam sekelip mata. Usaha ini melibatkan perkara yang menjadi tumpuan kedua-dua negara, membina keselarasan kerana perkara paling penting adalah menyelaraskan, bersetuju bahawa zonini adalah sesuatu yang tidak mustahil.

“Oleh itu, memahami kerumitan untukmenjayakannya, di samping aspek pemudahan yang dapat kita lakukan, dan pemudahan itu mungkin dalam bentuk persetujuan berhubungkeutamaan pelaburan yang perlu dilakukan. (Kami berusaha) supaya keselarasan itu dapat dicapai (supaya dapat membuka jalan) untuk peringkat seterusnya,” katanya dalam wawancara bersama Bloomberg yang dikendalikan Haslinda Amin baru-baru ini.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong, menyaksikan pemeteraian perjanjian JS-SEZ semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 di Putrajaya pada 7 Januari lepas.

JS-SEZ dijangka berperanan penting dalam memacu pertumbuhan dan mencipta pekerjaan pada 2025, dengan zon itu diunjurkan menyumbang US$26 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan mencipta 100,000 pekerjaan berkemahiran tinggi.

Amir Hamzah turut menekankan rekod prestasi Malaysia dalam pembangunan bakat, dengan merujuk kepada pertumbuhan sektor elektronik dan elektrik (E&E) sejak 1970-an sebagai contoh.

“Selama bertahun-tahun, kami telah menambah latihan TVET dan latihan tertiari. Ini telah mencipta penyediaan bakat yang mantap. Kini, kami berusaha memindahkan dari segi metodologi yang sama ke dalam metodologi JS-SEZ, dan kami menyediakan insentif untuk membolehkan pemudahan.

“Jadi, jika anda meneliti insentif pekerja berpengetahuan yang telah kami sediakan, (seperti) kadar cukai lebih rendah untuk menarik pekerja berpengetahuan datang ke Malaysia, ini akan memudahkan pertumbuhan dipercepatkan sepanjang usaha ini,” katanya.