MIED Peruntuk Hampir Setengah Juta Untuk 12 Pelajar Lanjut Pengajian

ae14159bc82580d6d9f3901492fe47836783b82b4c51c Foto: MIC Perak ff348167c530fc54e8a33e67c286f3446783b83db79d6 Foto: MIC Perak

IPOH, 12 Jan (Iteenews) — Sejumlah RM436,930 diperuntukkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) iaitu entiti yang dimiliki MIC kepada 12 pelajar India dari Perak yang menyambung pengajian di beberapa institusi pengajian tinggi di negara ini.

Naib Presiden MIC Tan Sri M. Ramasamy berkata merekadariParlimen Bagan Datuk, Teluk Intan, Batu Gajah, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tambun, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Bukit Gantang serta Taiping.

"Pelajar yang menerima bantuan ini merupakan daripada golongan B40 dan telah disaring dengan teliti untuk memastikan mereka benar-benar layak dan memerlukan.

"Setiap pelajar menerima jumlah yang berbeza mengikut peringkat pengajian yang diambil mereka sama ada diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau doktor falsafah (PhD). Ada pelajar yang menerima RM10,000, RM50,000 sehingga RM100,000," katanya.

Ramasamy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Perak berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek pinjaman dan geran pendidikan MIED Negeri Perak di Pejabat MICdi sini hari ini.

Beliau berkata lebih RM200 juta diperuntukkan MIED sejak inisiatif itu dimulakan pada 1984.

"Bantuan pendidikan ini sentiasa berterusan bagi membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi tanpa beban kewangan, sekali gus membantu mereka mengejar impian mempunyai kerjaya yang lebih terjamin," katanya.