3 maut kenderaan terbabas, hanyut ketika redah banjir di Kota Tinggi

Untitled design 2025 01 12T102452.875

ANGGOTA bomba menemui salah seorang mayat tiga mangsa yang lemas dalam kejadian kemalangan di Ladang YPJ, Ulu Sedili, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Tiga lelaki ditemui mati lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan dihanyutkan ketika meredah banjir dalam kejadian di Ladang YPJ, Ulu Sedili di sini, petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syukri Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.40 petang.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Lee Choy Yeow, 49, Leong Kon Fatt, 72, dan Lee Fook Wan (umur belum dikenal pasti).

Katanya, Pasukan Keluar Operasi (PKO) dikejarkan ke lokasi kejadian dan apabila tiba mendapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan terbabas ketika mengharungi air banjir di kawasan ladang kelapa sawit.

“Pada masa kejadian, dua rakan mangsa yang turut berada di lokasi kejadian telah memberi bantuan awal dan berjaya membawa keluar satu mangsa dari kenderaan yang tenggelam.

“Manakala dua lagi masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Syukri berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman dan menemui mangsa kedua kira-kira pukul 11.10 malam manakala mangsa ketika dijumpai pada pukul 12.10 tengah malam tadi.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi di sini untuk bedah siasat. – https://amiminerals.org/