Persiapan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan LRT Laluan Mutiara sedang giat dijalankan ketika tinjauan di Tapak Projek Bandar Sri Pinang pada 10 Jan.
GEORGE TOWN, 11Jan (Iteenews) — Pulau Pinang hari ini bakal menyaksikan satu lagi fasa penting dalam rangkaian mod pengangkutan negeri dengan perasmian pecah tanah projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis perasmian itu akan berlangsungdi Tapak Projek Bandar Sri Pinang di sinipada 11pagi ini yang turut dihadiriMenteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Projek LRT itu melibatkan jajaran bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar,seterusnya menyeberang ke Penang Sentral, di Seberang Perai.
Pada Mac 2024, kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRTLaluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dan keputusan itu dicapai susulan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan pembangunan projek berkenaan.
Kerajaan melantik MRT Corp iaitu syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sebagai pemaju dan pemilik aset dengan pelaksanaan projek dibuat secara tender terbuka.
Sebelum ini, Chow menyifatkan pelaksanaan projek LRTLaluan Mutiara sebagai langkah permulaan dalam menyediakan rangkaian mod pengangkutan lebih efisien kepadapenduduk negeri itusekali gusmembantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang disebabkan peningkatan penggunaan kenderaan persendirian.
Selain itu, Perdana Menteri jugadijadualmelawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam sebelum merasmikan bangunan blok baharu KPJ Penang Specialist Hospital pada 2.45 petang ini.
Anwar yangjuga Menteri Kewanganakan mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara dengan menghadiriProgram Muhibbah MADANI anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di kawasanMajlis Bandaraya Seberang Perai Tengah,Bukit Mertajam.
— BERNAMA