MITI Kenal Pasti 33 Indikator, 32 Tindakan Akan Dilaksanakan Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara

c2ebfdade66d88b3486bb4042588da66678111bcda90ffb Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Iteenews) — Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI)telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).

Menurut MITI, pelaksanaan tindakan ini akan menyumbang secara langsung kepada pengukuran indikator, seterusnya akan meningkatkan daya saing dan produktiviti Malaysia.

“Selaras dengan pendekatan keseluruhan kerajaan, MITI komited untuk bekerjasama dengan kementerian dan agensi terlibat dalam menjayakan agenda daya saing negara ke arah mencapai sasaran Kerangka Ekonomi MADANI untuk Malaysia berada dalam kalangan 12 ekonomi paling berdaya saing menjelang tahun 2033,” kata MITI dalam satu kenyataan, hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkatajawatankuasa ituadalah bukti bahawa kerajaan serius dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam sekali gus akan meningkatkan daya saing negara.

“Dari sudut pelaburan dan perdagangan, produktiviti dan daya saing yang kukuh akan menarik lebih banyak pelabur dan rakan dagang berimpak tinggi apabila negara mempamerkan keupayaan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi, kecekapan infrastruktur, dan tatakelola kerajaan serta tadbir urus korporat cemerlang.

“MITI yakin melalui platform JKDSN, merentas kementerian, strategi lebih bersepadu, holistik dan berkesan dapat dirangka,” katanya.

Beliau menjelaskan matlamat JKDSN bukan sekadar angka iaitu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam laporan atau indeks tertentu malah lebih utama adalah untuk memastikan impak positif kepada rakyat dan perniagaan.

MITI telahmempengerusi bersama mesyuarat pertama JKDSNyang berupaya memacu peningkatan daya saing negara, dipengerusikan oleh Tengku Zafrul bersamaMenteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Penubuhan JKDSN merupakanusaha menggembleng kerjasama keseluruhan kerajaan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, iaakan meningkatkan daya saing negara.