PM Anwar Terima Kunjungan Hormat DPIM, Bincang Inisiatif Pembangunan Ekonomi

381df0e471a0955df3fe155e23df00bd677fcb1b13474 –fotoFB Anwar Ibrahim 05521e1c70de641f171f03023e655a64677fcb0e36cc8 –fotoFB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din.

Anwar menerusi hantarandilaman X berkatapada pertemuan itubeliau dan delegasi DPIM membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteriberkata beliau sangat menghargai cadangan dikemukakan DPIM itu yang selari dengan hasrat kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan ideabernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewanperniagaan dan perdagangan.

DPIM ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.

— BERNAMA