Ringgit Meningkat Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

047d44cf51ec16ec109b862881256879677285438f18e

Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Iteenews)– Ringgit memulakan urus niaga Jumaat denganmengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario sentimen Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah selain data-data ekonomi negara maju itu yang lebih positif, kata penganalisis.

Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd DrMohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal meningkat dan mencecah 109 mata sejak tiga hari lepas ketika sentimen pasaran terus memberangsangkan terhadap dolar AS.

“DXY menyaksikan aliran peningkatan sejak September tahun lepas selepas Fed melaksanakan pengurangan kadar faedah yang dijangkakan pada 17-18 September lepas.

“Walaupun Fed berkemungkinan bertindak mengurangkan lagi kadar itu pada tahun ini, jumlah penurunan yang lebih kecil bermakna Fed sememangnya mahu mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang lebih tegas," katanya kepada Iteenews.

Beliau berkata ini akan mempengaruhi sentimen pasaran dalam masa terdekat, sekali gus menjadikan ringgit bergerak dalam julatRM4.50 susulan pandangan positif terhadap dolar AS.

Sementara ituKetua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan pula berpendapat prestasi dolar AS yang kukuh itu hanya bersifat sementara bagi Malaysia berikutan asas-asas makroekonomi negara yang kukuh.

"Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pembangunan infrastruktur yang ketara jugaterus menyokong daya tahan ekonomi di Malaysia," katanya.