Pelajar USM mengaku belanja RM4,000 sebulan termasuk rawatan wajah

WhatsApp Image 2025 01 08 at 21.38.03

Tangkap layar video tular tersebut.

PETALING JAYA – Seorang mahasiswi dari Universiti Sains Malaysia mengakui dirinya berbelanja sebanyak RM4,000 sebulan.

Menerusi video berkonsepkan jawapan rambang, seorang pelajar wanita universiti tersebut mengakui mengeluarkan belanja sebanyak RM4,000 sebulan termasuk dengan rawatan wajah.

“Saya belanja RM4,000 sebulan, untuk makan, alat solek. Saya pemburu kopi dan ada juga saya buat rawatan wajah,”ujar pelajar tersebut.

Sementara itu, menerusi soalan sama yang ditanya kepada mahasiswa lain, rata-rata berbelanja sekitar RM200 hingga RM400 sebulan termasuk belanja makan ketika menuntut di situ.

“Saya belanja RM210 sebulan termasuk makan dan minum. Sehari saya target makan RM8 sahaja. Jumlah itu campur semua,”kata salah seorang pelajar lelaki.

“Saya belanja dalam lingkungan RM400 sebulan, itu sudah cukup,”kata salah seorang rakannya. – https://amiminerals.org/.