KUALA LUMPUR, 8 Jan(Iteenews) — Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepadaUS$116.2 bilion (US$1=RM4.48) pada 31 Dis2024 daripada US$113.5 bilion pada 29 Dis2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab antarabangsa bank pusat berjumlah US$118.1 bilion pada 13 Dis2024.
Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.
Katanyaparas rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negerijangka pendek.
Komponen utama rizab tersebut merangkumirizab mata wang asing(US$103.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa(US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas(US$3.3 bilion)dan aset rizab lain(US$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM621.56 bilionterdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab laintermasuk SDR (RM520.16 bilion), kertas kerajaan Malaysia(RM12.81 billion), pinjaman dan pendahuluan(RM26.31 bilion), tanah dan bangunan(RM4.60 bilion) dan aset lain (RM57.69 bilion).
Menurut bank pusat,jumlah modal dan liabiliti berjumlahRM621.56 bilionterdiri daripada modal berbayar(RM100 juta), rizab(RM189.98 bilion), mata wang dalam edaran(RM170.76 bilion), deposit oleh institusi kewangan(RM131.92 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.23 bilion), deposit lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM12.43 bilion), peruntukan SDR(RM28.18 bilion) dan liabiliti lain(RM3.08 bilion).
— BERNAMA