Kredit: X @anwaribrahim Kredit: X @anwaribrahim
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadanganbernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kalangan pemimpin itu juga berperanan dalammengerakkan prakarsa atau usahaberkaitan pembangunan ekonomi golongan bumiputera.
Beliaumenegaskan perkara itu menerusi hantarandi laman X hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025.
Perdana Menteri berkata pada mesyuarat itu, MEB telah membincangkan kertas-kertas berkaitan pemerkasaan syarikat bumiputera dalam pemerolehan kerajaan melalui Program mySTI dan hala tuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.
“Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya,” kata beliau.
— BERNAMA