Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 Kukuh Kerjasama Kerajaan, Tingkat Tadbir Urus Data

0a85fd729813c4e22764820b0fdeb08766ecedae767fa

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Iteenews) –Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 adalah penting kerana ia akan membolehkan agensi kerajaan persekutuan berkongsi data dan mengukuhkan struktur tadbir urus dalam ekosistem perkongsian data.

Profesional operasi dan infrastruktur teknologi maklumat (IT), Sarkunarajah Shanmugamberkata dengan kelulusan rang undang-undang itu, beliau menjangkakan kerjasama awam-swasta turut akan dipertingkatkan yang mana infrastruktur data akan bersambung dengan baik.

“Ini bermakna sektor swasta akan dapat beroperasi daripada satu sumber, menyampaikan hasil yang jelas serta menyampaikan nilai yang dihasratkan daripada kerjasama sektor awam dan swasta,”katanya semasa program Iteenews TV, Iteenews Worldhari ini.

Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bulan lepas, bertujuan untuk menjadikan perkongsian data antara agensi sektor awam di Malaysia lebih selamat dan diperkemas.

Objektifnya adalah untuk mewujudkan sumber kuasa yang jelas dalam mengawal selia termasuk melaksanakan undang-undang perkongsian data; meningkatkan keberkesanan penyampaian oleh agensi sektor awam dan melonjakkan kecekapan pengurusan sertaperaturan perkongsian data.

Ia jugabertujuan untuk menubuhkan struktur tadbir urus yang sistematik dan berfokus dalam ekosistem perkongsian data.

Sarkunarajah turut mengetengahkan isu penting mengenai pihakyang mempunyai akses kepada data — sama ada agensi persekutuan yang memiliki data ituatau entiti luar yang meminta akses kepadanya.

“Menguruskan akses dengan betul adalah penting dalam memastikan keselamatan data dan integriti data. Bagaimanakah kita boleh memastikan integriti data sepanjang jangka hayat data itu sendiri?,” katanya lagi.