Pengerusi Public Relations Practitioners Society of Malaysia (PRactitioners), Datuk P. Kamalanathan (empat, kiri) dan Ketua Eksekutif INTI College & University Subang Jaya, Dr Jane Lim (dua, kiri) ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman sempena pelancaran Young PRactitioners dan Sesi Dialog Shaping The Future of Communication di INTI College Subang.
SUBANG JAYA, 6 Jan (Iteenews) — Persatuan Pengamal Perhubungan Awam Malaysia (PRactitioners) melancarkanYoung Practitioners Malaysia, satu inisiatif yang bermatlamat merapatkan jurang antara pengajian akademik danpengalaman industri dalam bidang perhubungan awam sertakomunikasi.
PengerusiPRactitionersDatuk P. Kamalanathan berkata inisiatif berkenaan bertujuan menyediakan platform kepada mahasiswakhususnyayang sedang menuntut dalam bidangkomunikasi massa dan perhubungan awam di universiti awam dan swasta, untuk berinteraksidengan profesional dalam industri.
“Hari ini kami memeterai perjanjian perkongsian pengetahuan denganINTI (INTI International College) untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran, pengetahuan, dan pengalaman yang diperlukan.
“Matlamat kami adalah untuk membawa pengalaman ini ke dalam kampus universiti, dan kami merancang untuk memperluasinisiatif ini ke semua universiti yang menawarkan program komunikasi massa,” katanya selepas majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) semasa pelancaranYoung Practitioners Malaysia oleh INTI danPRactitioners.
Beliau berkata sebelum iniPRactitioners telah bekerjasama dengan institusi seperti Kolej IACT dan berharapdapat bekerjasama dengan lebih banyak universiti pada masa akan datang.
Kamalanathan yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikanmenekankan peranan penting pengamal perhubungan awam muda dalam membentuk masa depan Malaysia, khususnyadalam bidang komunikasi massa.
“Memandangkan hasrat kami untuk membantupelajar mengharungi cabaran masyarakat pada masa depan, saya merasakan penting untuk membincangkan komunikasi kerana satu daripada cabaran yang akan dihadapi pelajar masa depan adalah kepekaan budaya, yang merupakan isu penting bagi pelajar muda,” katanya.
Kamalanathan turut menekankan bahawa pengalaman dunia sebenar penting untuk membimbing pelajar dalam menguruskan kepekaan budaya di Malaysia, sebuah negara yang dikenali dengan kepelbagaian budaya, etnik, dan agama.
Sementara itu, Ketua EksekutifINTI International College Subang Dr Jane Lim menekankan kepentingan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori dan pengalaman amali.