Proton Akhiri 2024 Dengan Prestasi Cemerlang, Berjaya Jual 152,352 Unit Kenderaan

e65bfba6b6c65e74089b8f764f38475f5e9835f1bb9ff

KUALA LUMPUR, 6 Jan(Iteenews) –Proton Holdings Bhd menamatkan tahun 2024 dengan mencatat jualan tertinggi selepas berjaya menjual14,601 unit kenderaan pada Disember, peningkatan 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya dan merupakan angka jualan kedua tertinggi untuk tahun itu.

Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikan pengeluar kereta nasional itu berada di tempat kedua sekali lagi dalam carta jualan.

“Prestasi cemerlang ini dicapai selepas persaingan sengit selama 12 bulan untuk jenama automotif nasional daripada pengeluar kenderaan asal baharu dan model-model yang menyasarkan kumpulan pelanggan yang sama dan semasa tahun yang mana Proton telah beralih kepadakenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran model pertamanya, Proton e.MAS 7,” kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan.

Proton Saga menutup tirai 2024 sebagai model Proton terlaris dengan 72,769 unit terjual, meningkat 3.7 peratus berbanding 2023.

Model sedannya, Proton S70menamatkan tahun penuh pertama pengeluaran dan jualannya dengan sejumlah 19,182 unit dihantar pada 2024,menjadikannya sedan segmen C paling popular di negara ini.

Proton X50 2024 mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah tempahan sebanyak 8,000 unit, menyerlahkan daya tarikan produknya yang kukuh dalam pasaran SUV yang kompetitif.

“Jualan pada Disember meningkat 36.8 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan2,614 unit terjual, manakala bagi 2024, jumlah jualan mencapai 23,647 unit, menjadikannya SUV segmen B terlaris untuk tahun keempat berturut-turut,” tambahnya.

Proton X70 2025 terus mendapat sambutan yang baik daripadapembeli dengan 8,992 unit dihantar pada 2024. Jualan Disember melonjak 36.7 peratus kepada 1,456 unitberbanding 1,065 unit pada November, dipacu oleh promosi hujung tahun.

Sementara itu, model utama dalam rangkaian, Proton X90melengkapkan tahun pertama jualannya sebagai peneraju jualanSUV segmen D dengan 3,553 unit terjual.