Kredit: Datuk Ewon Benedick
KOTA KINABALU, 5 Jan (Iteenews) –Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 jutakepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu sebanyakRM12.4 juta pembiayaan diberikan kepada 68 usahawan francais di Sabah bagi mengembangkan perniagaan mereka.
“Industri francais semakin berkembang pesat dan ini petanda positif untuk terus merangsang ekonomi domestik. Setakat ini, sebanyak 3,565 usahawan francais terdiri daripada francaisor dan francaisi didaftarkan di bawah sistem Malaysia Franchise Express 2.0 (MyFEX 2.0),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Majlis Cabutan Bertuah Robert T 1994, di sinihari ini.
Turut hadirPemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNASTengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah, Pengarah Eksekutif Robert T 1994DrRobert Tang, dan Pengarah Urusan Robert T 1994Hwang Chyi Chyi (SHE).
Ewon berkata bagi tahun ini pulasebanyak RM6 juta diperuntukkan khas untuk pembiayaan Skim Young Entrepreneurship Engagement Talent Programme (YOUNITY) dan Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent Programme (SWEET).
“Sebanyak RM3.5 juta untuk program I-VIP (Inisiatif Keusahawanan Veteran dan Pembiayaan). Manakala RM29 juta disediakan khusus untuk pembiayaan francais dan pra-francais,” katanya.
Beliau berkata tahun lepasProgram Pemerkasaan Usahawan Sabah (PUSH) yang dijalankan KUSKOPbersama Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) membantu 40 usahawan tempatan bagi mentransformasikan perniagaan mereka ke arah francais.
“Di Sabah, terdapat pelbagai jenama francais tempatan seperti Sinar Suria, Nuvis, Fook Yuen Mok dan Happy Potato telah menyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya dan menambah PERNAS giat meningkatkan jenama francais tempatan melalui kerjasama kementerian dan agensi di negeri ini.