Pelajar Tingkatan Satu Maut Dalam Kemalangan Motosikal

JERTIH, 3 Jan(Iteenews) – Seorang pelajar lelaki tingkatan satu maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuahmotosikal lain di Kampung Bukit Jeruk dekat Jabi, di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah BesutDSP Md Sani Md Salehberkatakemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasiakibat cedera parah pada anggota badan manakala seorang lagi mangsa turut cedera parah.

“Siasatan awal polis mendapati setibanyapelajar terbabit yang menunggang motosikal jenis SYM dari arah Kampung Benting Lintang ke Kampung Bukit Jerukdi tempat kejadian, dipercayai tiba-tiba telah hilang kawalan.

“Motosikalnya kemudian bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda Dashditunggang lelaki berusia 20 tahundari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataanlewat malam tadi.

Md Sani berkata mayat pelajar itudihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal yang cedera parah di paha dankepala turut dihantar ke hospital sama sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

— BERNAMA