Sesi Permukiman Jemaah Menteri Ketiga Tidak Lama Lagi – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Iteenews) — Sesi permukiman kali ketiga Jemaah Menteri Kerajaan MADANI akan diadakan dalam tempoh terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sesi permukiman itu bukan sekadar untuk mencatat kejayaan yang telah dilakar, tetapi jugamenjadi platform untukbarisan menteri membaiki kelemahandalam pentadbiran ketika ini.

" … dan ada tahap kesungguhan yang harus ditingkatkan (Jemaah Menteri), dan saya percaya (permukiman) ini tidak seharusnya berhenti padatahap itu sahaja, seterusnya diikuti oleh ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Turut hadirTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi danKetua Setiausaha NegaraTan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sesi permukiman pertama dan kedua Anwar bersama Jemaah Menteri masing-masing diadakan pada Januari2023 dan 2024.

— BERNAMA