KSI Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.9 Peratus Pada 2025

9dd3f3564947ef658b00dc2b257a7b3e627e2617a9b87

KUALA LUMPUR, 2 Jan(Iteenews) –Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025,dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar, kata Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI).

Kumpulanpemikir bebas ituberkata ekonomi global berdepan ketidaktentuansusulan kemungkinan perubahan dasar di bawahpentadbiranPresiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trump yang dilantik kali kedua.

KSI berkata Malaysia mendapat manfaat daripada dasar perlindungan perdagangan Trump semasa pentadbirannya sebelum ini tetapi sebagai sebuah ekonomi terbuka, ancaman tarif baharu akan menjejaskan ekonomi tempatan secara langsung dan tidak langsung.

"Bagaimanapun, permintaan dalam negeri dijangkakekal sebagai pemacu utama pertumbuhan. Penggunaan swasta akan disokong oleh pasaran buruh yang stabil, kenaikan 7 hingga 15 peratus dalam gaji perkhidmatan awam, semakan kepada gaji minimum, dan pengeluaran daripadaAkaun 3Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Pelaburan swasta akan mendapat manfaat daripada kesan limpahan pelaburandiluluskan dan persekitaran pembiayaan yang menggalakkan," kata KSI dalam ‘Laporan Ekonomi Akhir Tahun 2024' yang dikeluarkan hari ini.

Bagi 2024, KSI mengunjurkan pertumbuhan KDNKpada 5.2 peratus.

Institut itu berkata pelaburan awam dijangka menyederhanatahun ini memandangkan peruntukan belanjawanpembangunan yang tidak berubah berbanding 2024.

Projek infrastruktur yang sedang dibangunkandan pelancaran program GEAR-UP,mencecahRM25 bilion pada 2025, selainsyarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yangkomited untuk memperuntukkan pelaburan langsung domestik (DDI) berjumlah RM120 bilion sepanjang lima tahun akan datang, dijangka terusmenyokong aktiviti pelaburan kerajaan.

Penggunaan awam dijangka berkembang lebih pantas, mencerminkan peningkatan perbelanjaan mengurus daripada Belanjawan2025, katanya.