LOS ANGELES – Para penumpang sebuah penerbangan Cathay Pacific mempunyai peluang untuk menyambut tahun baharu sebanyak dua kali, lapor sebuah laman berita hari ini.
Pesawat itu berlepas dari Hong Kong pada 2025 dan tiba di Los Angeles dalam tahun 2024.
Penerbangan Cathay Pacific CX880 itu melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa iaitu sempadan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar di Lautan Pasifik di mana hari bertukar.
Fenomena dikenali sebagai ‘kesan garisan tarikh’ itu berlaku apabila sebuah penerbangan bergerak melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa.
Kesannya menyebabkan penumpang hilang atau menambah satu hari.
Garisan Tarikh Antarabangsa diwujudkan pada tahun 1884 di pertengahan Lautan Pasifik.
Maksudnya pesawat Cathay Pacific itu tiba di Los Angeles pada 31 Disember 2024. – AGENSI