Kenanga IB Unjur TIV Meningkat Kepada 805,000 Unit Pada 2025

d1f28041358e612b17a5bcaf69b0e4cb617a544792a05

KUALA LUMPUR, 30 Dis(Iteenews) — Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkanjumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit untuk industri automotif pada 2025,meningkatdaripada anggaran 800,000 unit pada 2024.

Menurut bank pelaburan itu,unjuran lebih tinggi tersebut disokong oleh bahagian pasaran yang lebih besar merangkumi segmen mampu milik seperti jumlah tempahan tertunggak kenderaan Perodua yang kekal melebihi 90,000 unit.

Ia disokong oleh penyerahan bulanan yang stabil dan pelancaran model baharu lebih menarik menggantikan kenderaan generasi lama.

Selain itu, katanyatrend beralih daripada jenama mahal kepada lebih mampu milik oleh pembeli pasaran pertengahan berikutan rasionalisasi subsidi minyak ke arah kenderaan jimat minyak, termasuk hibrid, kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dan kenderaan jimat tenaga serta peningkatan bahagian pasaran kenderaan pengeluar automotif China melalui program penyetempatan pengeluaran akan turut membantu memacu sektor automotif.

“Kami juga menjangkakan semakan pertengahan penggal Dasar Automotif Nasional (NAP) untuk memasukkan kenderaan hibrid sebagai langkah peralihan utama ke arah mencapai sasaran nasional bagi kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan hibrid sebanyak 15.0 peratus daripada TIV menjelang 2030 dan 38 peratus pada 2040,” katanyadalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam pada itu, bank pelaburan itu turut menjangkakanHong Leong Industries Bhd akan menerima manfaat daripada peningkatan permintaan dalam pasaran motosikal untuk mencapai sasaran 680,000 unit pada 2025, dengan Yamaha menguasai bahagian terbesar dalam pasaran sebanyak 50 peratus.

Katanya pelanggan sasarannya seperti kumpulan B40 dan M40dijangka tidak terjejas oleh rasionalisasi subsidi bahan apiyang bakal dilaksanakan.

Menurut Kenanga IB, jualan kenderaan juga akan disokong oleh BEV baharu yang menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan kemudahan insentif EV yang lain sehingga 2025 bagi kenderaan jenis model import penuh (CBU) dan 2027 bagi unit kereta pemasangan tempatan (CKD).

“Kami menjangka lebih banyak insentif menggalakkan daripada kerajaan yang telah menetapkan sasaran nasionalbagi EV dan kenderaan hibrid sebanyak 15.0 peratus daripada TIV menjelang 2030 dan 38 peratus pada 2040.