Proses Ambil Alih MASwings Dijangka Selesai Menjelang Suku Pertama 2025

b2e683c67b62fc4945fb1f9b79bdbbfb67434c2228270

KUCHING, 30 Dis (Iteenews) –Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata proses berkenaan yang sepatutnya selesai tahun ini perlu dilanjutkan bagi memberi masa untuk juruaudit yang dilantik meneliti nilai aset MASwingsdikemukakan kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG).

“Kita ada nilaikita sendiri dan mereka(MAG) ada nilaimereka sendiri, jadikita perlu tanya pihak ketiga (audit) untuk anggarkan nilai aset MASwings.

“Sepatutnya bulan ini selesai tetapi disebabkan ada perbezaan nilai (yang dikemukakan kedua-dua pihak)…sebaik sahaja proses ini selesai jadiselesailah proses pengambilalihan tetapi yang pastitahun depan suku pertama,” katanya.

Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepasmajlis pecah tanah projek bangunan perubatan dan komersial Yayasan Buah Pinggang Che Hia Khor Moral Uplifting Society (CHKMUS) di sinihari ini.

Antara destinasi antarabangsa menjadi pilihan syarikat penerbangan Sarawak apabila pengambilalihan syarikat MASwings itu selelasi ialahJerman, Korea, Jepun, Hong Kong dan Bangkok.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya berkata kerajaan Sarawak setakat ini telah mengagihkan 32 mesin dialisis di beberapa pusat dialisis terpilih bagi membantu pesakit buah pinggang di negeri ini.

“Kita boleh tambah tetapi dalam masa yang sama perlu didik orang ramai supaya menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat. Kita perlu mencari penyelesaian dan kerajaan negeri sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya.

Beliau juga berharap pembinaan bangunan perubatan dan komersial itu akan memanfaatkan pesakit buah pinggang di Sarawak yang kian meningkat jumlahnya.