Sheikh Farouk Sheikh Mohamed
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Iteenews) — PersekutuanMajikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan,2025.
MEF dalam satu kenyataan hari ini berkata dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam kepimpinan korporat, kewangan dan pengurusan perniagaan strategik, Sheikh Farouk berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin MEF ke arah masa depan yang dinamik.
"Sheikh Farouk akan mengetuai usaha MEF dalam membela kepentingan majikan, mendorong dasar buruh progresif dan menggalakkan kerjasama dengan pihak berkepentingan utama untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya.
Sementara itu, Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Husmanmemuji kelayakan Sheikh Farouk dan berkatapengalaman kepimpinannya yang luas, perspektif globaldan kecerdasan strategik menjadikannya pilihan yang ideal untuk memimpin persekutuandalamtempoh transformasi ini.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan Sheikh Farouk ke MEF dan yakin bahawa kepimpinannya akan mengangkat peranan MEF sebagai suara yang dipercayai bagi majikan di Malaysia," katanya.
Sementara itu, persekutuan juga mengumumkan peralihan Datuk Shamsuddin Bardanyang telah mencurahkan lebih 40 tahun perkhidmatan kepada MEFtermasuk 25 tahun sebagai pengarah eksekutifke dalam jawatanpenasihat.
Beliau akan terus memberikan nasihat strategik dan bimbingan.
Dalam pada itu, Shamsuddin berkata, merupakan suatu penghormatan yang amat besar untuknya memimpin MEF dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
“Saya teruja untuk terus berkhidmat dalam kapasiti penasihat ini dan menantikan untuk menyokong pertumbuhan serta kejayaan persekutuan pada masa hadapan," katanya sambilmengimbas kembali tempoh perkhidmatannya dalam MEF.